FAQ

Filled under:

1) Apa itu SANTUN?
SANTUN merupakan singkatan bagi Skim Anugerah Kecemerlangan Pelajar Nasional yang bertujuan memberikan apresiasi kepada pelajar yang cemerlang semasa SPM. Ianya bukan biasiswa, bukan pinjaman, bukan MLM, bukan skim cepat kaya, jadi penerima sumbangan masih boleh menerima skim SANTUN walaupun anda penerima biasiswa JPA, MARA, PTPTN dan sebagainya. Pemilihan dilakukan oleh JPN negeri masing-masing dan permohonan dihantar ke Jabatan SANTUN. Di dalam SANTUN, peserta akan menerima dua jenis faedah, iaitu faedah kewangan dan faedah bukan kewangan. Faedah kewangan adalah berbentuk sumbangan RM1000 setiap tahun (6 tahun) sehinggalah penerima sumbangan tersebut tamat belajar. Faedah bukan kewangan adalah penyertaan secara percuma dalam pelbagai jenis program yang dianjurkan. 


2) WAJIB join semua program SANTUN ke?
Ingin ditegaskan di sini, pihak pengurusan santun tidak memaksa mana-mana warganya untuk WAJIB menyertai semua program tapi sekurang-kurangnya join program setahun sekali sudah cukup melayakkan diri untuk terus kekal sebagai peserta skim SANTUN. itu syarat yang sudah termaktub semasa kita semua menandatangani surat penerimaan tawaran skim santun at the first place. bukan penglibatan utk semua program yang diharapkan sebenarnya, tapi minat dan kasih sayang terhadap santun tu yang lebih penting.

3) Apa faedah sampingan apabila menyertai semua program SANTUN?
Untuk pengetahuan semua, semua program yang dianjurkan SANTUN adalah dikelolakan oleh PESERTA SANTUN sendiri. Bermula dari penyediaan surat, jemputan ke program dan pengurusan program adalah diuruskan oleh kawan-kawan kita sendiri. Individu yang menelefon anda dari pejabat SANTUN juga mungkin dari kalangan peserta SANTUN sendiri. Jadi, anda sendiri boleh mencuba untuk menjadi urusetia program dan mengasah, mencungkil serta membentuk kemahiran insaniah baru yang tidak pernah difikirkan sebelum ini. Percayalah! Pengalaman yang didapati sangatlah berharga, dan tak mudah dapat dari mana-mana program lain. Cuba dulu, baru tahu!


4) Siapa pegawai YaPEIM yang menguruskan SANTUN?
Pengurus SANTUN adalah Encik Khairul Anuar Ibrahim
dan beliau dibantu oleh Encik Faiz Abdul Rahim

5) Belum pernah kenal sesiapa, seorang diri dalam SANTUN?
Sewaktu berprogram dan menjadi urusetiai adalah masa yang sesuai untuk berkenalan satu sama lain. saya dulu pun tak kenal sesiapa. saya percaya, ramai lagi, mula membentuk ukhuwah baru sebelum, semasa dan selepas berprogram. Untuk pengetahuan semua, kita ramai 'saudara' di institut pengajian tinggi di dalam juga di seantero dunia. Ingin kenal mereka? Jom join program? ;)

6) Ada kawan/saudara yang nak jadi peserta SANTUN dan nak sertai program?
Seperti yang telah dimaklumkan di item pertama, pemilihan adalah melalui JPN <--> SANTUN. Namun begitu, rakan/saudara anda tersebut boleh menyertai program yang dianjurkan sebagai SUKARELAWAN program. Akan dimaklumkan oleh pihak urusetia apabila program tersebut boleh disertai kepada BUKAN warga SANTUN.

7) Apa fungsi Group FB Komuniti SANTUN ?
Komuniti Santun merupakan laman rasmi bagi menghubungkan semua anggota Kelab SANTUN-YaPEIM. Melalui laman ini, semua anggota akan dapat mengetahui perkembangan terkini Kelab SANTUN-YaPEIM terutamanya aktiviti-aktiviti yang dianjurkan. Segala maklumat berhubung aktiviti terkini akan dimaklumkan oleh anggota kelab yang bertanggungjawab.

Namun harus diingatkan bahawa laman ini bukan lah satu-satunya medium perhubungan sesama anggota, sebaliknya setiap anggota boleh berhubung melalui telefon untuk mengetahui perkembangan terkini.
Laman ini hanya memfokuskan kiriman-kiriman rasmi tentang Kelab SANTUN-YaPEIM. Oleh itu, setiap anggota di saran agar tidak mengirim maklumat-maklumat lain ataupun picisan ke laman ini. Bagi meneruskan niat untuk menghantar kiriman yang tidak rasmi, anda boleh melawati dan menyertai laman 

Selamat menyertai keluarga SANTUN