About

Filled under:

OBJEKTIF 

Skim ini diperkenalkan sebagai usaha apresiasi memberi apresiasi kepada anak-anak di dalam kelompok Miskin / Yatim yang telah menunjukkan prestasi tersendiri dalam bidang pelajaran, sekaligus sebagai langkah untuk melakukan islah terhadap masa depan anak-anak yang terpilih melalui skim ini.

PENDEKATAN

Pemilihan peserta dibuat melalui Pejabat Pendidikan Negeri atau mana-mana badan atau institusi yang relevan mencalonkan pelajar-pelajar yang berjaya di peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Peserta yang terpilih akan mendapat manfaat kewangan dan selain kewangan, akan dilayakkan untuk berada di bawah skim ini selamaenam tahun. Sepanjang tempoh tersebut, peserta SANTUN ini akan berpeluang mendapat pelbagai pendedahan yang bertujuan untuk memperkasa masa depan mereka. 

Antara pendedahan yang dinikmati oleh peserta SANTUN meliputi:

  • berpeluang mengikuti Kursus Kepimpinan dan Pengurusan 
  • berpeluang mendapat latihan sambil belajar (attachment) di institusi yang dikenalpasti sepanjang tempoh enam tahun. 
  • berpeluang menjadi perantis keusahawanan (kepada anak-anak yang berminat untuk menjadi usahawan). 


 Bagi memastikan SANTUN mempunyai keistimewaannya tersendiri, langkah-langkah berikut dilaksanakan :

  1. Anugerah SANTUN 1 Malaysia Anugerah kepada peserta terbaik daripada calon SANTUN yang baru dipilih tidak mengira kaum dan agama 
  2. Anugerah Tokoh SANTUN Anugerah diberi kepada seorang tokoh lelaki dan seorang perempuan 
  3. Anugerah Khas Pencapaian Terbaik Akademik Pemberian anugerah ini tanpa mengira gender 
  4. Anugerah Potensi (SANTUN Junior) • Anugerah potensi kepada 2 orang setiap negeri berasaskan pencapaian terbaik PMR • Finalis Program Adik-adikku anjuran JAKIM 
  5. Anugerah Terbaik SANTUN mengikut negeri Anugerah ini diberikan kepada 2 orang setiap negeri 
  6. Program Kembara SANTUN Program Lawatan Amal – Ziarah dan Kerja Amal 
  7. Program Perkhemahan Nasional SANTUN secara tahunan 
  8. Penubuhan kelab SANTUN Institusi Pengajian Tinggi 
  9. Penubuhan Koperasi SANTUN